Sinki

10 Punca Sinki Dapur Mudah Tersumbat & Cara Elak Blockage. Tips Penjagaan Sinki.

2025-11-06


Dapur adalah ruang yang paling kerap kita keluar masuk setiap hari. Sama ada untuk memasak, membasuh tangan atau membilas peralatan, sinki dapur pasti menjadi tempat yang menerima “trafik” paling tinggi. Menurut beberapa kajian, seseorang boleh menghabiskan sekitar 30 minit sehari hanya di bahagian sinki dapur. Jadi, tidak pelik jika sinki menjadi lokasi yang paling mudah tersumbat.

Namun tanpa sedar, tabiat harian kita sendiri merupakan punca utama sinki cepat rosak dan paip menjadi blockage. Jika anda mahu elakkan masalah ini berulang, hentikan 6 tabiat ini segera!

 

1. Mencurah Minyak atau Lemak Ke Dalam Sinki

Minyak masakan, lemak daging, kuah berlemak, butter cair dan sisa gorengan — semua ini akan mengeras bila sejuk dan menjadi lapisan tebal dalam paip.

Kesan:

  • Menyempitkan laluan air
  • Menghasilkan bau busuk
  • Menarik serangga seperti lipas

Cara elak:

Kumpulkan minyak dalam bekas, biarkan mengeras dan buang ke tong sampah. Gunakan tisu untuk menyerap lebihan minyak pada kuali sebelum dicuci.

 

2. Membuang Bahan Berkanji Dalam Sinki

Antara penyebab popular sinki tersumbat:

  • Nasi
  • Pasta
  • Kentang
  • Mee
  • Kekacang

Bahan berkanji akan mengembang dan menjadi pes pekat bila bercampur air. Bila terkumpul dalam paip, ia menghasilkan “lumpur kanji” yang melekat kuat.

Cara elak:

Buang terus dalam tong sampah atau tapis dahulu.

NAK LEBIH BANYAK TIPS BOLEH SINGGAH SINI : TIPS KEHIDUPAN SEHARIAN

3. Serbuk Kopi Yang Ditonyoh Ke Dalam Sinki

Ramai ingat serbuk kopi “halus, jadi okay”. Hakikatnya, serbuk kopi melekat dan bertindak seperti pasir basah dalam paip.

Kesan:

  • Mengeras dalam jumlah banyak
  • Menyumbat paip di bahagian bengkok (U-pipe)

Cara elak:

Buang ke tong sampah, jadikan kompos atau taburkan ke tanaman untuk tingkatkan kesuburan tanah.

 

4. Sisa Makanan Yang Tidak Ditapis

Sisa makanan kecil seperti tulang ikan, sayur, cebisan daging, kulit bawang atau kulit telur nampak remeh — tetapi jika terkumpul, ia menjadi “plug” dalam paip.

Cara elak:

Gunakan sink strainer / penapis sinki. Kos murah tapi sangat berkesan. Kosongkan setiap hari.

 

5. Buih Sabun Yang Terhasil Dari Air Keras

Ramai tidak tahu sabun sebenarnya dibuat daripada lemak + bahan kimia. Bila bercampur mineral air keras, ia membentuk scum, iaitu lapisan tebal melekit.

Kesan:

  • Air lambat turun
  • Lapisan scum mengeras seperti lilin dalam paip

Cara elak:

  • Cuci paip dengan campuran air panas + baking soda + cuka seminggu sekali
  • Gunakan sabun bebas lemak jika perlu

 

6. Akar Pokok Yang Menceroboh Saluran Pembetung

Jika lebih daripada satu longkang di rumah tersumbat serentak, besar kemungkinan akar pokok telah memasuki paip bawah tanah melalui rekahan kecil. Akar akan membesar dan menghancurkan paip, menyebabkan kos pembaikan menjadi sangat tinggi.

Cara elak:

  • Panggil tukang paip untuk pemeriksaan CCTV paip
  • Elakkan menanam pokok besar berhampiran paip pembetung

 

7. Tidak Membilas Dengan Air Panas Selepas Memasak

Ini tabiat yang ramai tidak sedar penting. Mengapa perlu air panas? Air panas membantu mencairkan minyak, sisa sabun dan kerak sebelum ia mengeras dalam paip.

Cara elak:

Selepas cuci periuk berminyak, tuang air panas selama 10–20 saat.

8. Menggunakan Pembersih Kimia Secara Berlebihan

Ramai percaya pembersih paip kimia adalah penyelamat. Tetapi penggunaan berlebihan boleh menghakis paip PVC dan menyebabkan kebocoran.

Cara elak:
Gunakan:

  • Baking soda + cuka
  • Air panas
  • Pembersih enzim

 

9. Tidak Memasang Penapis Rambut Pada Sinki

Bukan bilik air sahaja perlukan penapis rambut — di dapur juga penting untuk menapis:

  • Rambut
  • Bulu ayam
  • Serat sayur

Benda-benda kecil ini bila bercampur minyak, ia menjadi gumpalan keras dalam paip.

 

10. Mengabaikan Servis Penyelenggaraan Paip

Pemeriksaan paip setiap 6–12 bulan membantu mengesan awal:

  • paip bocor
  • kerak minyak
  • penyempitan saluran
  • kerosakan pada sambungan paip
  • Sebelum ia menjadi blockage besar!

Masalah sinki tersumbat sebenarnya boleh dielakkan jika kita mengubah tabiat harian di dapur.
Dengan penjagaan yang betul, anda dapat:

✔ Elak sinki berbau
✔ Air mengalir lancar
✔ Kurang risiko paip pecah atau bocor
✔ Jimat kos tukang paip

Mulakan dengan langkah kecil hari ini, jaga apa yang anda masukkan ke dalam sinki.

Artikel Lain