Tepung

Ini Tips Cara Simpan Tepung Supaya Tahan Lama.

2024-05-10

Ini Tips Cara Simpan Tepung Supaya Tahan Lama. | AIS LIMAU : Tepung merupakan salah satu bahan penting dalam resipi masakan terutamanya dalam pembuatan pastri dan kuih-muih. Terdapat pelbagai jenis tepung yang digunakan dalam aneka hidangan seperti tepung gandum, tepung jagung, tepung beras dan banyak lagi.

Simpan

Kebiasaannya, tepung ini dijual di kedai-kedai runcit, pasar raya dalam bentuk paket mengikut berat. Setiap kali digunakan, tentunya tepung digunakan dalam kuantiti tertentu mengikut hidangan.

Oleh itu, kadangkala masih terdapat baki tepung yang belum digunakan dan disimpan. Meskipun telah disimpan atau diikat, tepung ini kadangkala berbau hapak sekiranya ingin digunakan semula.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan satu tip penyimpanan tepung dalam tempoh yang lama agar tidak berbau hapak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Mastura Fuad di bawah.

Cara Simpan Tepung Tahan Lama

Saya share macan mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.

Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Dont worry tepung tu tetap tidak akan beku tetapi dia akan mematikan segala kutu atau telur-telur ulat tepung yang berada dalam tu. Boleh je nak simpan 1 minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit.

Selepas itu keluarkan tepung tu dan biarkan dia dalam suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap.

Lap kering-kering paket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag. Guna 2 zipper bag untuk setiap peket tepung.

Yang second zipper bag tu masukkan berlawan arah bahagian lock atau kepala zipper bag tu. Jadi double layer secure dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik tu bocor.

Lastly simpan dalam balang plastik kuih raya atau tong putih food standard yang macam tong cat tu untuk bigger capasity.

Inshaa Allah tepung tahan lama tak berulat. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Mastura Fuad

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain