Petua Untuk Dapatkan Kulit Cantik Dan Awet Muda. | AIS LIMAU : Kita sering dipesan supaya banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Amalan itu bukan saja penting untuk kesihatan badan, malah dapat membantu mengekalkan kecantikan kulit dan keanjalannya supaya kelihatan awet muda.
Dengan mengambil minuman air kosong yang mencukupi, ia dapat memastikan organ badan termasuk kulit berfungsi sewajarnya. Selain itu, terdapat beberapa petua lain yang boleh diamalkan untuk memastikan kulit kekal sihat dan cantik.
Dengan pakej Vietnam ini anda dapat melawati tempat-tempat yang menarik dengan harga berpatutan. Jom melancong.
Berikut beberapa petua mudah yang boleh diamalkan:
* Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur
Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan penggunaan penyegar (toner) disusuli krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.
Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.
* Oleskan krim tabir suria
Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit daripada terbakar.
* Ambil vitamin C
Ambil vitamin C, bagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu minum jus oren setiap pagi. Jika boleh, pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C. Bahan antioksidan yang sangat mujarab ini memberi perlindungan kepada kulit anda daripada faktor alam sekitar yang memudaratkan dan menggalakkan pengeluaran kolagen.
Dengan kolagen secukupnya, kulit anda bukan saja akan kekal gebu dan menarik, malah dapat mengekalkan kelembapannya supaya ia sentiasa tampak segar, sihat dan berseri.
* Buang tabiat buruk
Anda mungkin mempunyai satu atau dua tabiat buruk yang tanpa disedari boleh memudaratkan kulit anda dan mengurangkan tahap penghidratannya. Antara tabiat buruk yang perlu dihentikan seperti merokok, minum alkohol secara berlebihan dan pengambilan terlalu banyak kafein yang boleh menjejaskan kelembapan kulit anda.
Lama-kelamaan kulit anda akan berkedut dan kendur. Jadi buang tabiat buruk ini atau hadkan ke tahap minimum demi kesihatan dan kecantikan kulit anda.
* Makan secara sihat
Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang cara terbaik untuk menjaga kesihatan kulit. Apabila anda memberikan nutrien dan vitamin untuk keperluan dalaman badan anda, kesannya akan dapat dilihat di luar. Untuk itu, pastikan badan anda mendapat asid lemak secukupnya untuk membantu mengekalkan penghidratan dan keanjalan kulit.
* Hadkan pendedahan kepada cahaya
Sinaran sinar ultraungu (UV) atau alam sekitar yang berbahaya boleh menjejaskan kulit. Antara yang boleh menjejaskan tahap kelembapan kulit anda termasuk sinar matahari, kepanasan keterlaluan dan kesejukan keterlaluan. Apabila musim bertukar, pastikan perlindungan yang sewajarnya untuk kulit anda supaya ia tidak menjadi mangsa.
* Dapatkan produk bantu memperbaiki kulit wajah
Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losyen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan bahan sental wajah.
Jika kulit kering, gunakan produk yang tertera ‘untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif’.
Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering kerana kebanyakan sabun seperti sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering.
Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan anda kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza.
Elakkan mandi terlalu lama atau menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering. Jadi cara terbaik gunakan air bersih. Jika air di persekitaran anda kualitinya kurang baik, sebaik-baiknya tapis terlebih dulu dengan alat penapis air bersih.