Tips Hilangkan Mabuk Dalam Kenderaan. Anda Wajib Lakukan. | AIS LIMAU : Mabuk bukan penyakit tetapi tindak balas normal disebabkan pergerakan luar biasa yang berintensi tinggi dan mengambil tempoh yang lama. Adakalanya dirujuk sebagai mabuk laut atau mabuk kereta. Perjalanan yang jauh bukan hanya memenatkan tetapi membuatkan badan kita berasa tidak selesa dan lesu.
Lebih lagi jika anda seorang yang mudah mabuk!. Tidak kiralah sama ada perjalanan menaiki kereta mahupun bot atau kapal terbang. Rasa loya dan pening yang sering dialami ketika pergerakan kenderaan berlaku dikenali sebagai ‘motion sickness’ atau mabuk perjalanan.
Pengsan atau keadaan pening seolah-olah dunia sedang berpusing berlaku disebabkan organ deria menghantar isyarat ketidakseimbangan kepada otak.
Bagaimanapun, mabuk perjalanan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan kerana ada tempat menarik aceh. Mabuk ialah perkara biasa yang sering berlaku khususnya dalam kalangan kanak-kanak.
Ada yang mengalaminya kerana pada ketika itu mereka sedang menonton filem atau bermain permainan video mahupun membaca. Namun, orang dewasa juga cenderung untuk mabuk perjalanan jika mereka sedang hamil atau migrain.
Antara simptom yang berlaku adalah ketidakseimbangan, muntah atau loya, pening, berpeluh dan keletihan. Oleh itu, bagi mengatasinya daripada berlaku, anda boleh ikuti beberapa tips ini.
1. Duduk di kerusi hadapan
Jika anda sering mengalami situasi sedemikian, boleh cuba untuk duduk di kerusi hadapan dan belajar menikmati pemandangan sekeliling.
2. Minum halia
Sebelum perjalanan dimulakan, anda boleh cuba menikmati secangkir minuman berhalia. Caranya mudah sahaja dengan mengambil ekstrak halia dan membancuhnya di dalam air suam.
3. Banyak minum air kosong
Memastikan badan sentiasa hidrasi juga dapat membantu mengurangkan mabuk perjalanan ya!
4. Elak makanan berminyak
Perjalanan sering kali dimulakan pada awal pagi dan semestinya menu yang paling mudah diperoleh adalah nasi lemak atau bihun dan mee goreng. Kesemua makanan ini bukan hanya menyelerakan tetapi dapat membantu mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Namun, jika anda seorang yang mudah pening dan berasa loya, elakkan pengambilannya.
5. Dengar muzik
Dengan mendengar muzik atau lagu kesukaan, anda dapat menghilangkan ‘fokus’ terhadap rasa pening dan loya. Cubalah!
6. Elak membaca
Sesetengah orang boleh membaca dan bermain permainan video di dalam kenderaan yang bergerak. Boleh juga tengok pakej murah aceh yang kami sediakan untuk hilangkan rasa mual dan muntah.
Tapi jika anda mudah rasa mabuk, elakkan melakukan aktiviti tersebut.
Tanda dan Gejala
Loya, berpeluh, peliuran, pening, berasa penat dan muntah-muntah adalah gejala biasa. Gejala ini jarang berlaku dalam kalangan bayi di bawah dua (2) tahun dan kebanyakan yang mengalaminya berusia antara tiga (3) hingga duabelas (12). Warga tua kurang terdedah.
Rawatan
Ubat-ubatan seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Pencegahan
Nasihat khusus untuk mencegah atau merawat mabuk perjalanan:
- Jangan berjalan semasa perut kosong; ini seolah-olah menggalakkan mabuk perjalanan. Bagi kanak-kanak berisiko, elakkan memakan dengan banyak sebelum dan semasa perjalanan tetapi meminum jus buah-buahan atau soda dengan kerap.
- Jika loya, pegunkan kepala. Elakkan membaca tetapi boleh mendengar muzik.
- Tingkatkan pengudaraan, kurangkan pengambilan makanan dan elakkan pengambilan alkohol untuk mengurangkan mabuk. Ubat-ubatan dari bahan semulajadi seperti halia boleh juga membantu.
Jika berada dalam kenderaan:
- Kereta – duduk di bahagian kerusi depan. Halakan posisi ke hadapan, bukannya ke sisi tingkap.
- Bot – cuba berada di bahagian tengah (amidship). Baringkan badan secara terlentang dengan kepala disokong dengan bantal. Pastikan kepala pegun dan mata tertutup. Jika di atas dek, halakan posisi kes bahagi hadapan. Panduan: Bayangkan anda sedang menari dengan bot tersebut. Bayangkan anda dapat pakej travel aceh yang menyeronokan.
- Kapal terbang – dapatkan tempat duduk di bahagian tengah kabin kerana pergerakan adalah kurang ketara. Bersandar di kerusi, pegunkan kepala dan pandang ke hadapan. Ubat yang digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan adalah scopolamine dan antihistamin.