Sayur

Ramai Mengadu Sayur Cepat Layu. Ini Cara Betul Simpan Dalam Peti Ais.

2025-10-08

Ramai Mengadu Sayur Cepat Layu. Ini Cara Betul Simpan Dalam Peti Ais.| AIS LIMAU :  Tak semua orang sempat membeli bahan masakan setiap hari, terutama yang sibuk bekerja. Biasanya, sayur-sayuran akan dibeli pada hujung minggu dan digunakan untuk tempoh beberapa hari.

Namun, masalah biasa yang sering berlaku sayur cepat layu atau rosak walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang, baru sehari pun sudah mula bertukar warna dan lembik. Rupanya, punca utama bukan pada peti ais, tapi cara penyimpanan yang salah.

Petua Simpan Sayur Dengan Kain Lembap

Seorang pengguna TikTok, @miraeedalmi, berkongsi petua mudah yang ternyata menjadi perhatian ramai. Menurutnya, sayur boleh kekal segar hingga dua minggu jika dilapik dengan kain lembap di bahagian atas dan bawah.

“Saya dah cuba buat dan sangat menjadi ya. Lapik kain atas dan bawah. Sayur ini dah dua minggu masih elok dan segar.
Makin semangat nak beli barang dapur bila tahu cara simpan macam ni,” katanya.

@miraeedalmi Yang mana ada tips dapur lagi boleh la share. Tips simpan sayur yang saya suka setakat ni. Dah 2 minggu masih fresh & tak lembik/lebam. Makin semangat nak beli barang dapur bila tahu cara simpan macam ni🥬🌶️🥒🥕🫑 #tipsdapur #simpansayur #sayursegar #fy #fyp ♬ bunyi asal – Geng Dikir Official 2 (G.D.O) – Nashruddin

Kain Perlu Lembap Seminggu Sekali

Menurut Mira, kain di bahagian bawah perlu dilembapkan sekali seminggu, manakala kain bahagian atas pula boleh dilembapkan setiap tiga hari.
Katanya lagi, pastikan sayur disusun dalam keadaan menegak supaya tidak mudah rosak.

Netizen Kongsi Tip Tambahan

Menariknya, ramai pengguna lain turut mengesahkan cara ini memang berkesan. Malah ada yang berkongsi petua tambahan untuk sayur dan cili.

“Letak tisu atas bawah dalam bekas untuk simpan cabai masak dan cabai burung, tapi cabut tangkai dulu. Sebulan boleh tahan, jangan basuh cabai tu tau.”

“Saya simpan guna tisu dan bekas berasingan, dua minggu masih segar. Daun bawang pun elok lagi.”

“Saya guna kain napkin anak, memang jadi! Sayur semua segar, tak lembik langsung.”

Kesimpulan

Nampak mudah, tapi kesannya luar biasa. Hanya guna kain lembap, anda boleh jimat duit, elak pembaziran, dan pastikan bahan masakan kekal segar lebih lama.

Jadi, lepas ni jangan terus campak sayur dalam peti ais — cuba lapik dengan kain lembap dulu!

Artikel Lain