Nasi

Ini Tips Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi.

2024-02-15

Ini Tips Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi. | AIS LIMAU : Rasa macam baru je masak nasi, tapi dah basi. Macam mana tu? Kan dah membazir kena masak balik. Kalaulah ada cara nak masak bagi tahan lama. Mesti korang nak tahu juga kan. Jom min kongsikan cara bagaimana nak buat supaya nasi tak cepat basi.

Basi

1. Basuh Beras Hingga Betul-Betul Bersih

Kebanyakan orang ingat kalau basuh beras berulang-ulang kali akan hilang nutrisi dalam beras tu. Namun begitu, realitinya kalau kurang dibasuh, ia akan lebih cepat rosak selepas dimasak. Jadi, apabila tengah membersihkan beras, bilas dengan air berulang-ulang kali agar semua kekotoran keluar. Bilasan terakhir pula menggunakan air yang ditapis.

2. Perah Limau Nipis

Sebelum mula masak nasi itu, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam pot beras yang dah diisi air. Jangan risau, rasa nasi itu takkan berubah! Sebaliknya bau nasi itu akan lebih harum dan tahan lebih lama sebab keasidan yang terhasil daripada perahan limau itu.

3. Pastikan Periuk Dicuci Bersih

Kadang kala kita tak perasan masih ada sisa kekotoran atau kerak nasi dalam periuk. Semua ini boleh memberi kesan kepada kualiti nasi selepas dimasak. Jadi perlu sentiasa prihatin terhadap kebersihan semasa memasak.

4. Masukkan Secubit Garam

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam untuk memastikan nasi yang dah masak tahan lebih lama, sedap dan juga kenyal.

5. Hilangkan Wap Nasi Setelah Masak

Sebaik sahaja butang “cook” berubah ke “warm” dekat rice cooker tu, buka penutupnya. Boleh juga kacau nasi itu supaya wapnya terkeluar. Dengan cara ini, nasi tersebut tidak akan menjadi lembab.

Boleh cuba try test.. Ni masak semalam dah basi nasi, Jom try kot kot lepasni nasi tahan 2 hari.

Itu lah antara cara-cara nak bagi nasi korang tahan lama sikit. Lain orang mungkin lain result selepas try cara-cara ini. Yang penting cuba dulu!

Korang kalau ada ilmu yang nk dikongsi boleh kongsikan di komen ye….

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Sumber: My Resipi

Artikel Lain